Taburan hujan November tinggi, tidak sesuai laksana PRU

Taburan hujan November tinggi, tidak sesuai laksana PRU

TUAN Ibrahim Tuan Man (dua kanan) merasmikan Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 dan Sambutan 90 tahun JPS di Lembangan Sungai Muda, Sungai Petani hari ini- UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan taburan hujan yang tinggi dan banjir berkemungkinan berlaku pada pertengahan November yang dilihat tidak sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, negara akan menerima taburan hujan yang lebih pada bulan tersebut berbanding bulan-bulan lain.

“Maklum balas yang diterima kebanyakan mereka mahukan keutamaan diberi terlebih dahulu kepada persediaan menghadapi bencana itu berbanding PRU.

“Pada mereka tidak sesuai jika PRU diadakan dalam masa terdekat kerana kalau betul jangkaan Jabatan Metereologi, mereka terpaksa memilih untuk mendepani bencana

itu berbanding keluar mengundi dalam keadaan bimbangkan keselamatan harta dan nyawa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022 dan Sambutan 90 tahun Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Lembangan Sungai Muda, di sini, hari ini.

Katanya lagi, pihak keselamatan juga akan menghadapi masalah kekuatan anggota kerana agihan perlu dilakukan serentak untuk yang bertugas menjaga keselamatan peti undi dan pada masa sama terpaksa bertugas semasa banjir.  

Tuan Ibrahim berkata, keputusan untuk melaksanakan PRU-15 perlu dibuat dan dirancang dengan berhati-hati supaya tidak menimbulkan sebarang mudarat dan masalah kepada semua pihak terutamanya rakyat.

“Kalau sudah tamat tempoh itu lain cerita, ini kita masih ada pilihan kerana masih ada tempoh untuk berkhidmat. Perdana Menteri yang akan buat keputusan nanti, Kabinet hanya akan beri pandangan dan selebihnya terpulang kepada Perdana Menteri,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya