Sultanah Kelantan berkenan menerima menghadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan - Utusan Malaysia

Sultanah Kelantan berkenan menerima menghadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan

SULTANAH Kelantan, Nur Diana Petra Abdullah (tengah) bergambar bersama ahli PKDK di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kelantan hari ini. - UTUSAN/IHSAN UNIT MEDIA PEJABAT SULTAN KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sultanah Kelantan, Nur Diana Petra Abdullah berkenan menerima menghadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) di Istana Negeri Kubang Kerian di sini hari ini.

Perkara tersebut dimuat naik oleh laman sosial Facebook Unit Media Pejabat Sultan Kelantan.

Ini merupakan kemunculan pertama baginda di Istana Negeri selepas diisytihar sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos lalu.

Pada majlis itu, baginda berkenan mengurniakan cendera kenangan kepada semua ahli rombongan.

Rombongan tersebut diketuai oleh Presiden PKDK, Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz dan beberapa ahli pertubuhan yang lain.

Utusan Malaysia pada 2 Ogos lalu melaporkan, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytihar Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, isteri baginda dengan gelaran Sultanah Kelantan.

Pengisytiharan itu dibuat Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di Istana Balai Besar.

Ahmad semasa membaca perutusan itu berkata, pengisytiharan itu dibuat sebagaimana mengikut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya