SPRM reman 2 individu disyaki seleweng wang milik parti politik - Utusan Malaysia

SPRM reman 2 individu disyaki seleweng wang milik parti politik

DUA suspek ditahan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan wang sebuah parti politik bernilai lebih RM600,000.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua individu selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan wang milik sebuah parti politik bernilai lebih RM600,000.

Permohonan reman terhadap suspek lelaki masing-masing berusia 59 dan 73 tahun itu dibuat di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Difahamkan, kedua-dua individu itu merupakan pengarah sebuah yayasan dan juga bekas bendahari dan setiausaha cawangan sebuah parti politik di Pulau Pinang.

Kedua-dua suspek itu ditahan di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang pada pukul 8.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

Majistret Rosnee Mohd. Radzuan membenarkan kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 19 September depan.

Menurut sumber, suspek disyaki menyalahgunakan wang milik parti politik berkenaan dengan memindahkan wang tersebut ke dalam akaun sebuah syarikat serta yayasan untuk kepentingan peribadi.

”Suspek disyaki menggunakan kedudukan mereka bagi mendapatkan wang rasuah melalui pengeluaran wang daripada akaun bank milik sebuah parti politik untuk diri mereka sendiri.

“Suspek juga memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun syarikat milik mereka serta ke akaun sebuah yayasan,” katanya.

Kedua-dua suspek diwakili peguam, Noorhisham Shaidi dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya