SMA Almaad, TMUA dibenar laksana solat Jumaat

SMA Almaad, TMUA diberi kebenaran sementara laksana solat Jumaat

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (empat dari kiri) berkenan bergambar dan menyaksikan penyerahan Surat Kebenaran Menunaikan Solat Jumaat yang disampaikan kepada pengetua SMA Almaad Arau, Perlis, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bilangan Kelima memutuskan Sekolah Menengah Agama (SMA) Almaad Arau dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau (TMUA) diberikan kebenaran sementara khas bagi melaksanakan solat Jumaat.

Keputusan persidangan yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada 22 September lalu itu adalah bertujuan bagi memberi laluan kepada proses renovasi yang sedang dilaksanakan di Kompleks Masjid Negeri Arau ketika ini.

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan berangkat bagi menyaksikan penyerahan Surat Kebenaran Menunaikan Solat Jumaat yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), Najmuddin Abdul Karim kepada pengetua dua sekolah itu.

Baginda turut berkenan menunaikan solat Jumaat di Musolla Al-Irfan, SMA Almaad yang terletak di Bandar Diraja Arau.

Dalam majlis sama, Tuanku Syed Faizuddin turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM400 kepada 29 orang asnaf terpilih yang diwakili amil Kariah Arau 1, Masjid Negeri Arau.

Turut berlangsung dalam majlis itu adalah penganjuran ceramah bertajuk Pengurusan Sisa Pepejal dengan slogan ‘Perlis Hebat! Rakyat Hidup Bersih’ disampaikan oleh Pengarah SWCorp Negeri, Shamsuharizal Basir dengan dihadiri, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Selepas program itu, Tuanku Syed Faizuddin turut berangkat menyantuni seorang asnaf, Halim Lazim berusia, 55 di Kampung Titi Besi, Arau.

Halim merupakan salah seorang penerima Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs dan juga Bantuan Bencana MAIPs. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya