Sindiket 'air tebu hitam', rokok seludup tumpas

Sindiket ‘air tebu hitam’, rokok seludup tumpas

AHMAD Zamry Marinsah (tiga dari kiri) menunjukkan air ketum yang dirampas dalam serbuan di sebuah pondok di Kampung Tengah, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Pihak polis berjaya menumpaskan sindiket penjualan rokok seludup, memasak dan memiliki daun ketum dalam serbuan di sebuah pondok di Kampung Tengah di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, pemeriksaan di pondok berkenaan menemukan dapur bersama sebuah periuk besar, satu tong gas memasak, dapur, alat penapis, baldi plastik selain dua tong plastik yang dipercayai digunakan untuk memproses daun ketum selain air ketum yang sudah siap diproses.

“Serbuan  dilakukan hasil risikan pihaknya sejak beberapa hari lalu dengan terdapat aktiviti penjualan rokok seludup selain memasak air ketum di pondok terbabit.

“Dalam serbuan kira-kira pukul 4 pagi itu, tujuh lelaki berusia antara 23 hingga 54 tahun telah ditahan. Kesemua mereka merupakan penduduk tempatan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

“Pihak polis turut mendapat maklumat salah seorang lelaki berusia 54 tahun adalah pemilik pondok tersebut yang terletak hanya beberapa meter di belakang kediamannya. 

“Suspek turut menggunakan kata kunci ‘air tebu hitam’ ketika berkomunikasi sesama mereka. Mereka juga didakwa memiliki kepakaran menyediakan air ketum seolah-olah seperti seorang chef bertujuan mengelirukan pihak polis,” katanya ditemui di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, hari ini.

Menurut Ahmad Zamry, pondok terbabit dijadikan lokasi transit serta mem proses daun ketum selain stor mini penyimpanan rokok seludup sebelum dihantar kepada pelanggan di sekitar daerah ini.

“Kesemua suspek juga sedang leka meminum air ketum sewaktu serbuan dengan alasan menguji kualitinya bagi kepuasan pelanggan sebelum edaran dilakukan. 

“Mereka menjual air ketum itu di sekitar Segamat dengan harga RM10 berkapasiti satu liter dan dibungkus didalam plastik lut sinar,” katanya sambil memaklumkan pihaknya turut menemukan 66 karton rokok pelbagai jenama yang bernilai hampir RM5,000 yang disorok dalam pondok tersebut.

Pemeriksaan lanjut turut menemukan 153 bungkusan air ketum dalam ikatan plastik lut sinar siap diproses, sebotol plastik hijau 1.5 liter mengandungi air ketum, 15 ikatan daun ketum 3.750 kilogram (kg) juga bungkusan plastik menyimpan daun ketum 1.340 kg.

“Secara keseluruhan, jumlah rampasan dalam operasi ini dianggarkan berjumlah RM10,500 termasuk rokok seludup bernilai RM5,000 dan air ketum RM5,500,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan kesemua suspek ditahan reman antara sehari hingga tujuh hari hingga 6 September untuk siasatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya