Sifat kelakar Sufian tawan hati Mas Idayu

Sifat kelakar Sufian tawan hati Mas Idayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Mas Idayu, 50, mengakui sifat kelakar suaminya, Muhamad Sufian Isa, 51, merupakan antara faktor membuatkan dia tertarik, lalu terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga dengan penerbit program televisyen itu.

Kata Mas Idayu atau nama penuhnya, Mas Idayu Mesnun, suaminya yang juga Penerbit Eksekutif di TV3 itu mempunyai sisi melucukan, meskipun riak wajahnya kelihatan serius dan garang.

“Bagi saya, dia seorang yang lucu. Kadang-kadang apabila dia bercakap perkara biasa pun, pada saya kelakar. Saya tidak sangka dia begitu sebab mukanya serius.

“Apabila diingat balik, dia agak lama mengendalikan program Senario, sekitar lapan tahun. Jadi, dia memang suka melawak.

“Saya pula memang suka dengan lelaki yang suka berlawak, cuma tidak bertemu jodoh dengan pelawak,” katanya berseloroh.

Mas Idayu sah bergelar isteri Sufian pada majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah premis acara di Quill City Mall, di sini, pada pukul 10.40 pagi semalam.

Pasangan tersebut dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd. Hamid, berwalikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan.

Majlis pernikahan yang berlangsung sederhana itu dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM1,001 berserta lima dulang hantaran, berbalas tujuh. Sufian ketika ditemui meluahkan perasaan syukur kerana segala yang dirancang mereka berjalan lancar.

“Saya dan mummy sangat teruja. Kami harapkan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.

“Saya tidak menjanjikan apa-apa, itu juga yang selalu saya katakan kepadanya. Tetapi, saya harapkan kebahagiaan kami berkekalan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya