Sempadan Rizab Biosfera Tasik Chini dicadang diperluas - Utusan Malaysia

Sempadan Rizab Biosfera Tasik Chini dicadang diperluas

PEMANDANGAN kawasan hutan yang terjejas akibat aktiviti perlombongan bijih besi berhampiran Jeti Pangkalan Naga, Tasik Chini, Pahang. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tasik Chini (Pengubahan) siap disediakan selaras peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) serta cadangan mengadakan Program Publisiti dan Penyertaan Awam pada Oktober tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beberapa perkara utama diambil kira antaranya cadangan pengubahsuaian sempadan baharu Rizab Biosfera Tasik Chini daripada 6,951.44 hektar kepada 9,142.62 hektar.

Beliau berkata, kajian RKK Tasik Chini (Pengubahan) tersebut adalah seluas 55,586.12 hektar iaitu mengambil kira threshold area.

“Cadangan pengubahsuaian selaras dengan pewartaan baharu Hutan Simpan Kekal (HSK) Chini berkeluasan 6,502.8 hektar di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313).

“Kajian juga mengambil kira rangkaian ekologi Central Forest Spine,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, Draf RKK Tasik Chini ini adalah dengan Enakmen Perbadanan Taman Negeri Pahang 2021 dan Enakmen Biodiversiti Negeri Pahang.

“Zon Rizab Biosfera Tasik Chini meliputi Zon Utama, Zon Penampan dan Zon Peralihan sebagaimana keperluan Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) manakala kawasan threshold dinamakan Zon Pinggiran Biosfera.

“Cadangan pengubahsuaian strategi pengurusan alam sekitar dengan penambahbaikan kepada Pelan Sensitif Alam Sekitar dan cadangan pengubahsuaian pengurusan dan pelaksanaan,” katanya.

Beliau berharap, Draf RKK Tasik Chini (Pengubahan) ini akan menjadi panduan kepada kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan (PBT) agar sebarang bentuk pembangunan di Tasik Chini hendaklah dilaksanakan tanpa menjejaskan kelestarian khazanah alam ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya