Scammer: Bank tempatan ketatkan transaksi, operasi

Scammer: Bank tempatan akan ketatkan transaksi, operasi

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank tempatan diyakini akan mengetatkan segala transaksi dan operasi mereka dalam masa terdekat susulan pertambahan kes melibatkan penipuan dan scammer yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Persatuan Senior Kewangan Islam Malaysia, Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid berkata, tindakan susulan bank tempatan itu sangat diperlukan bagi menjaga kepentingan pelanggan.

“Selepas berlaku pertambahan kes penipuan dan scammer ketika ini, saya fikir bank tempatan perlu mengambil tindakan segera untuk mengetatkan segala transaksi dan operasi mereka selepas ini,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai peningkatan kes scammer ketika ini yang mencetus kembimbangan dalam kalangan masyarakat selepas ada mangsa yang kehilangan wang dalam akaun bank mereka tanpa disedari.

Ditanya sama ada terdapat orang dalam di bank tempatan yang bersubahat dengan scammer, Mohd. Redza berkata, perkara itu sukar dibuktikan kerana scammer juga memperoleh maklumat mangsa daripada pelbagai sudut.

“Memang dari sudut scammer ini kalau nak kata bank tempatan bersekongkol agak susah untuk buktikan sebab mereka dapat maklumat daripada pelbagai tempat. tetapi kalau ada bukti jelas, boleh laporkan kepada pihak berkuasa.

“Memang pihak berkuasa tidak berkompromi untuk kes melibatkan scammer, kita mahu elak kes seperti ini bertambah. Kerjasama rapat antara polis dan pihak bank juga dialu-alukan untuk selesaikan masalah ini,” katanya.

“Saya juga melihat pihak bank mempunyai kekangan tertentu dalam kes ini. Misalnya jika mereka mengetatkan dan mengambil tindakan berhubung transaksi, saya percaya tindakan itu juga akan menjejaskan pelanggan sedia ada.

“Sebab itu kena ada semak imbang untuk segala tindakan yang perlu dilakukan, kena tengok yang mana ingin dikawal dan yang mana perlu diambil tindakan yang sewajarnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya