KUALA LUMPUR: Pelakon, Namron kesal dengan dakwaan seorang pengguna media sosial yang menuduhnya merokok, sedangkan dia tidak seperti yang disangkakan.
Tegas pemilik nama sebenar Shahili Abdan, 52, dia tidak merokok dan tidak pernah menyentuh rokok jenama yang diperkatakan pengguna media sosial terbabit.
“Saya ada terbaca komen yang membuat tohmahan kata saya hisap udang (Gudang Garam).
“Saya tidak merokok apatah lagi, menghisap rokok jenama yang diperkatakan itu,” tegasnya di Instagram.
Terdahulu, seorang pengguna media sosial memuat naik gambar pelakon itu di Facebook berserta tuduhan berkenaan.
“Dia ini dengan pakcik Namron macam seiras. Mungkin part (bahagian) bibir udang (gudang) garam kot,” tulisnya.