Saya terbuka untuk berbincang - Shahir Zawawi

Saya terbuka untuk berbincang – Shahir Zawawi

SHAHIR Zawawi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Shahir Zawawi menyuarakan kesediaan untuk berbincang dengan dua individu yang sebelum ini mendakwa dia belum melangsaikan hutang sebanyak RM4,000.

Kata Shahir, meskipun dakwaan tersebut tidak benar, dia tidak akan melarikan diri dan terbuka untuk melakukan perbincangan dengan dua individu terbabit bagi menyelesaikan isu berkenaan.

“Saya enggan memeningkan kepala memikirkan perkara ini kerana perlu memberikan tumpuan kepada persiapan menjelang majlis pernikahan esok dan persandingan pula lusa.

“Saya bagaimanapun, terbuka untuk berbincang tentang perkara ini dan tidak akan melarikan diri,” katanya yang ditemui usai sidang media Konsert Nasyid Legenda 2022, petang tadi.

Terdahulu, seorang individu mencetuskan kontroversi di media sosial selepas membuat dakwaan mengaitkan juara Akademi Fantasia musim ke-8 itu dengan hutang RM4,000 yang belum dijelaskan.

Bagaimanapun, Shahir menegaskan tuntutan tersebut bukan hutang, selain mendakwa ia tidak membabitkan sebarang kontrak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya