KUALA LUMPUR: Penyanyi, Adam Levine tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia curang terhadap isterinya, Behati Prinsloo.
Anggota kumpulan Maroon 5 itu membuat penafian tersebut menerusi hantaran di Instagram Story, baru- baru ini.
“Saya ingin menjelaskan, saya tidak pernah berlaku curang. Bagaimanapun, saya pernah melampaui batas dan menyesal dengan apa yang berlaku.
“Saya mengakui perkara tersebut dan melakukan apa yang perlu untuk memulihkan keadaan keluarga kami.
“Isteri dan keluarga adalah mereka yang saya utamakan di dunia ini. Saya melakukan kesilapan besar sebelum ini dan saya tidak akan melakukannya lagi,” tulisnya.
Rumah tangga penyanyi tersebut menjadi bualan ramai beberapa hari lalu selepas model, Sumner Stroh membuat pendedahan di TikTok berkenaan hubungan sulitnya dengan Levine yang berlaku sekitar tahun lalu.
Stroh juga memaklumkan perincian tentang hubungannya dengan Levine kepada portal Page Six apabila berkongsi beberapa tangkap layar perbualan menerusi Instagram antara dia danpenyanyi tersebut.
“Saya pasti kamu kenal siapa Adam Levine. Kami mempunyai hubungan istimewa sejak setahun lalu,” dedahnya.