Sarawak mampu jadi hab kajian klinikal antarabangsa - Khairy

Sarawak mampu jadi hab kajian klinikal bertaraf antarabangsa – Khairy Jamaluddin

KHAIRY Jamaluddin (tengah) dalam sidang media selepas majlis menandatangani MoU antara HUS, Novartis Malaysia dan CRM di HUS, Kuching petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi keyakinan bahawa Sarawak mampu menjadi hab kajian klinikal bertaraf antarabangsa.

Beliau berkata,  ia hasil daripada memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan Novartis Malaysia dan Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM).

“Saya bangga kerana kita akan ada pusat percubaan klinikal pertama di HUS pada tahun depan,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani MoU antara HUS, Novartis Malaysia dan CRM di HUS, di petang tadi.

Selain itu, beliau berkata MoU itu juga akan menjadikan HUS sebagai pusat penyelidikan klinikal terpilih oleh Norvatis, yang merupakan syarikat farmaseutikal antarabangsa.

Menurutnya, Norvatis merupakan syarikat paling banyak menaja ujian klinikal di Malaysia.

“Pada tahun lepas kita telah menerima 215 ujian yang ditaja oleh industri dan tahun ini kita mensasarkan melepasi angka tahun lepas,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata MoU itu bukan sahaja dapat menangani jurang kesaksamaan kesihatan di Sarawak, tetapi juga Malaysia boleh memanfaatkannya dengan menarik bakat yang terdiri daripada pakar perubatan kepada penyelidik yang akan digalakkan untuk bekerja di rantau ini.

“Peluang untuk lebih banyak percubaan klinikal atau penyelidikan terkenal dunia yang akan dijalankan di negara kita dapat dipertingkatkan dan kesan limpahan daripada usaha niaga ini juga boleh dijadikan modal untuk menempatkan Malaysia sebagai hab penjagaan kesihatan yang inovatif,” katanya.

Dari perspektif pesakit, Khairy berkata ujian klinikal menawarkan harapan kepada pesakit.

“Pemantauan yang rapi dan penilaian yang dilakukan oleh sekumpulan pakar penjagaan kesihatan untuk memastikan keselamatan rawatan dan keberkesanan boleh menjadi penggalak semangat pesakit,” katanya.

Khairy pada masa yang sama turut berkata MoU itu juga mewujudkan platform untuk meningkatkan pembinaan kapasiti dalam kalangan bakat tempatan, kualiti percubaan klinikal, dan menyediakan satu peluang untuk penemuan dadah tempatan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya