Sampah dalam longkang punca banjir kilat di Kota Bharu

Sampah dalam longkang punca banjir kilat di Kota Bharu

ROSNAZLI Amin (kiri) menyerahkan baja organik kepada penduduk pangsapuri di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. - FOTO/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sikap ‘nakal’ segelintir masyarakat yang membuang sampah ke dalam longkang menjadi salah merupakan antara punca berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan di daerah ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Rosnazli Amin berkata, berdasarkan keadaan semasa pihaknya mendapati kawasan persekitaran terutamanya longkang dipenuhi sampah atau tanah sehingga menutupi saliran air.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan beberapa kawasan berlaku banjir kilat terutamanya semasa hujan lebat.

“Meskipun kerja-kerja menyelenggara sampah di longkang merupakan tugas pihak berkuasa tempatan, adalah wajar penduduk setempat turut menjaga kebersihan.

“Sehubungan itu, semua penduduk disarankan agar bersama-sama menjaga kebersihan bagi mengelakkan kejadian banjir kilat terutamanya di kawasan pentadbiran MPKB-BRI,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Local Agenda 21, Program Kebun Kejiranan/Komuniti Di Pangsapuri Bandar Baru Kubang Kerian, di sini hari ini.

Rosnazli memberitahu, menjelang musim tengkujuh pada penghujung tahun ini, MPKB-BRI telah menjalankan persediaan awal dengan memantau keadaan longkang untuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan.

Dalam perkembangan lain, menurutnya, MPKB-BRI terus memperkasakan semula program semangat kejiranan di kawasan pangsapuri dalam usaha untuk menjalinkan ukhwah dan kerjasama bagi menceriakan persekitaran melalui aktiviti seperti bercucuk tanam.

“Program ini sebenarnya sudah lama diadakan di bawah portfolio Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan negeri dan MPKB-BRI telah mengambil langkah memperkasakan semula.

“Dengan toleransi dan semangat kejiranan melalui program ini ia dapat menceriakan kawasan sekitar pangsapuri. Program berkenaan juga akan diperluas di kawasan taman perumahan lain sekitar Kota Bharu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya