Rumah rosak dilanda ribut

Rumah rosak dilanda ribut

ANITA Abdul Wahab menunjukkan keadaan rumahnya yang terjejas teruk akibat kejadian ribut di Kampung Tanjung Berangan, Sepri, Rembau lewat petang semalam.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang penduduk tidak menyangka kunjungannya ke Floria Diraja Putrajaya 2022 semalam menyelamatkan beliau dan anak daripada kejadian ribut di Kampung Tanjung Berangan, Sepri, di sini, lewat petang semalam.

Anita Abdul Wahab, 59, berkata, kejadian ribut yang merosakkan rumahnya itu berlaku sekitar pukul 6.30 petang setelah dimaklumkan oleh penduduk kampung yang menelefon anaknya.

Walaupun kejadian itu menyebabkan dia kerugian lebih RM50,000, dia sangat bersyukur kerana tidak berada di rumah ketika kejadian kerana berkemungkinan boleh ditimpa palang yang jatuh kerana keseluruhan atap rumah telah diterbangkan ribut.

“Saya reda dengan kejadian ini, buat masa ini, saya akan tinggal di rumah ibu yang terletak berhampiran. Rumah ibu turut terjejas, namun hanya di bahagian dapur sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Tanjung Berangan, Sepri, di sini, malam semalam.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong, Datuk Zaifulbahri Idris dan Penyelaras DUN Chembong, Nasarudin Ibrahim turut meninjau lokasi kejadian semalam.

Menurutnya, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengambil tindakan memotong bekalan elektrik utama buat sementara waktu berikutan atap yang terbang mengenai tiang elektrik, selain demi keselamatan penduduk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya