Rosmah penjara 10 tahun, denda hampir RM1 bilion

Rosmah dihukum penjara 10 tahun, denda hampir RM1 bilion

ROSMAH Mansor dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM979 juta selepas didapati bersalah atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah, enam tahun lalu. - FOTO/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta ke atas Datin Seri Rosmah Mansor selepas didapati bersalah atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah, enam tahun lalu.

Gagal membayar denda itu, hukuman penjara Rosmah boleh ditambah lagi 30 tahun.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan bagaimanapun membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan hukuman penjara dan denda.

Terdahulu, Rosmah, 70, didapati bersalah atas pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima RM6.5 juta melalui bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Sesyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya