Rosmah masuk dewan mahkamah

Keputusan kes Rosmah: Isteri bekas perdana menteri masuk dewan mahkamah

ROSMAH Mansor hadir menuju ke dewan Mahkamah Tinggi Jenayah 2 yang akan memutuskan nasibnya hari ini. - FOTO/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor baru memasuki dewan Mahkamah Tinggi Jenayah 2 yang akan memutuskan nasibnya hari ini.

Bekas Wanita Pertama Malaysia yang memakai baju kurung serba kuning itu hadir diringi rakan dan pegawainya.

Turut memasuki dewan bersama Rosmah ialah barisan peguam belanya yang diketuai, Datuk Jagjit Singh.

Kelihatan di mahkamah sejak awal tadi ialah Timbalan Pendakwa Raya adhoc, Satuk Seri Gopal Sri Ram.

Rosmah, 70, didakwa atas pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima RM6.5 juta melalui bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings Sdn. Bhd. (Jepak) mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Sesyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya