RM7.7 juta rokok tak bercukai dirampas

RM7.7 juta rokok tak bercukai dirampas

POLIS Johor merampas pelbagai rokok tidak bercukai lebih RM7.7 juta yang disimpan di dalam sebuah gudang di Taman Perindustrian Maju Jaya, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis Johor berjaya merampas 1,029 kotak berisi rokok tidak bercukai bernilai lebih RM7.7 juta dalam satu serbuan ke atas sebuah gudang di Jalan Belati, Taman Perindustrian Maju Jaya, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan berkenaan dijalankan sepasukan pegawai dan anggotanya di premis berkenaan pada pukul 12.30 tengah hari.

Walau bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat kerana premis berkenaan telah dikosongkan ketika serbuan dijalankan.

“Dalam serbuan itu, polis berjaya merampas 347 kotak rokok jenama Redwood warna merah dan hijau, 514 kotak rokok jenama Bosston warna biru, ungu dan merah, serta 168 rokok Pragon warna merah dan biru.

“Kesemua 1,029 kotak rokok pelbagai jenama ini bernilai RM7,717,500 termasuk cukai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya