Rebut peluang projek EEC di Thailand - Raja Muda Perlis

Rebut peluang projek EEC di Thailand – Raja Muda Perlis

raja muda
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Malaysia terutama negeri Perlis perlu merebut peluang daripada projek pembangunan Koridor Ekonomi Timur (EEC) yang dilaksanakan oleh Thailand.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, EEC adalah projek fasa tiga pelabuhan laut dalam Leam Chabang dan sambungan lebuh raya menghubungkan lapapangan terbang U-Tapoa di kawasan perindustrian negara jiran itu di Rayong.

“Thailand juga difahamkan akan turut memberi tumpuan kepada perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkannya dengan Laos dan China serta terus ke beberapa buah negara di Eropah,” titah baginda menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Baginda bertitah demikian ketika singgah di Bangkok sebelum berlepas pulang bagi mengetuai delegasi Jelajah Ilmu Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP ke Laos.

Menurut baginda, Perlis dan UniMAP yang berjiran dengan Thailand wajar mengambil peluang menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak di negara jiran itu dalam meningkatkan hab logistik terutama yang membabitkan pengangkutan darat.

Ketika singgah di Bangkok, Tuanku Syed Faizuddin  yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan menyerahkan sumbangan tambahan Tabung Ibnu Sabil MAIPs sebanyak RM3,000 yang diterima oleh Setiausaha Ketiga Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Nazrul Firzadh Yunus bagi pihak kedutaan.

Sumbangan itu bertujuan digunakan bagi membantu rakyat Malaysia yang berdepan dengan situasi kecemasan atau terkandas ketika dalam perjalanan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya