Ratu Elizaberth II: Selangor kibar bendera separuh tiang

Kibar bendera separuh tiang, Selangor hormat kemangkatan Ratu Elizabeth II

SELANGOR memberikan cuti umum pada 18 November ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri mengarahkan semua jabatan dan agensi kerajaan di seluruh negeri mengibarkan Bendera Selangor separuh tiang bermula Sabtu ini hingga Isnin depan sebagai tanda penghormatan dan berkabung atas kemangkatan Mendiang Ratu Elizabeth II.

Kibaran bendera separuh tiang itu diputuskan menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada semalam selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim dalam satu kenyataan berkata, kibaran bendera separuh tiang itu diperkenan baginda bagi menzahirkan hubungan baik Sultan Selangor dengan Ratu Elizabeth dan menghormati kemangkatan Baginda Ratu pada 9 September 2022.

“Titah tersebut juga adalah sebagai tanda menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth yang telah mangkat di Istana Balmoral (Scotland) selepas 70 tahun menaiki takhta dan merupakan monarki yang paling lama bertakhta dalam sejarah United Kingdom (UK).

“Selaras dengan titah tersebut, MMKN yang bermesyuarat pada 14 September menjunjung titah dan mengarahkan agar semua jabatan dan agensi di Selangor mengibarkan bendera Negeri Selangor separuh tiang atas perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah,” ujarnya.

Ratu Elizabeth II pemimpin yang paling lama berkhidmat dalam monarki Britain mangkat di usia 96 tahun, pada 9 September lalu selepas memimpin negaranya sejak 70 tahun lalu.

Ratu Elizabeth sebelum itu dimasukkan ke hospital pada 8 September menyebabkan anggota kerabat diraja bergegas untuk berada di sisi selepas pasukan perubatan bimbang keadaan kesihatan baginda.

Berita kemangkatan Ratu Britain itu dimaklumkan oleh Istana Buckingham dalam kenyataan ringkas yang turut menyatakan tempoh berkabung seluruh negara selama 10 hari.

Ratu Elizabeth II dilapor akan dimakamkan pada 19 September ini di St. George’s Chapel, Windsor, sementara istiadat pengebumian baginda dibuat dengan penuh istiadat di bawah protokol ‘London Bridge Is Down’ di Westminster Abbey, London. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya