Bung Moktar, Zizie Izette diperintah bela diri

Bung Moktar, Zizie Izette diperintah bela diri

bung mokhtar
BUNG Moktar Radin bersama isteri, Zizie Izette Abdul Samad tiba bagi keputusan kes tuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diperintah membela diri atas pertuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.

Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan itu.

Rozina dalam penghakimannya berkata, mahkamah membuat keputusan berkenaan hasil penilaian maksimum dan secara berhati-hati terhadap bukti yang dikemukakan pendakwaan.

Hakim memberi tiga pilihan kepada pihak pembelaan dalam proses membela diri iaitu mendiam diri, memberi keterangan tanpa bersumpah dari kandang tertuduh atau memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi.

Pihak pembelaan memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya