Ramai lepasan SPM, pekerja sementara pilih politeknik

Ramai lepasan SPM, pekerja sementara pilih politeknik untuk sambung belajar

ZAINAB Ahmad (dua dari kiri) bersama penuntut terbaik keseluruhan Iffah Nabihah Abdullah (tiga dari kanan) pada Majlis Konvokesyen PKB Ke-35 di Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Politeknik di seluruh negara menerima kemasukan kira-kira 70 hingga 80 peratus penuntut yang terdiri daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pekerja sementara setiap tahun.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi, Zainab Ahmad berkata, jumlah purata kemasukan itu direkodkan setiap tahun terutamanya kemasukan pada bulan Ogos.

Menurutnya, ada dalam kalangan penuntut yang menyambung pengajian lewat di politeknik selepas mengambil keputusan untuk mencari pengalaman bekerja bagi mengumpul sejumlah wang terlebih dahulu.

“Politeknik banyak melahirkan penuntut yang berjaya termasuk dalam kemahiran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Bagaimanapun, pandemik Covid-19 yang melanda negara selama dua tahun turut menjejaskan kemasukan pelajar ke politeknik. Kita akui pandemik memberi kesan kepada kemasukan penuntut di semua institusi pendidikan lain dan politeknik juga tidak terkecuali,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu (PKB) Ke-35  di Kompleks Balai Islam Lundang, di sini hari ini.

Zainab memberitahu, pendidikan TVET akan menjadi bidang tumpuan kerana graduan dilihat mampu menggerakkan Keluarga Malaysia menuju masyarakat 5.0 seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

“Politeknik memainkan peranan yang sangat penting dan efisien untuk merealisasikan usaha murni menjadikan TVET yang ke hadapan sebagai bidang tumpuan negara,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya