Pusat pemulihan kanak-kanak autisme diperluaskan

Pusat pemulihan kanak-kanak autisme diperluaskan seluruh negara

RINA Harun bergambar dengan peserta selepas merasmikan Program Sentuhan Kasih OKU Prihatin Rakyat di Cyberjaya, Selangor, hari ini. - FOTO/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhasrat menambah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Autisme Berkefungsian Tinggi (HFA).

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, pertambahan tersebut amat wajar bagi memberi peluang pendidikan berkualiti kepada kanak-kanak istimewa berkenaan di negara ini.

“Kita (kementerian) lihat memang ada keperluan besar kepada pusat sebegini kerana mereka ini sebenarnya memiliki IQ (tahap kecerdasan) amat tinggi,” katanya ketika ditemui pemberita.

Terdahulu, beliau merasmikan PPDK HFA Cyberjaya di Kelab Komuniti Taman Tasik di sini bersempena dengan Program Sentuhan Kasih Orang Kurang Upaya (OKU) Prihatin Rakyat.

Pusat itu adalah kedua di negara ini selepas di Templer di Rawang, Selangor dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Shaharuddin Abu Sohot.

Pada program tersebut, beliau turut menyampaikan bantuan kewangan tambahan kerajaan untuk manfaat kepada 22 PPDK dengan sumbangan keseluruhannya berjumlah RM225,679.

Beliau turut menyerahkan kad OKU kepada lima individu dari Daerah Sepang yang baru diluluskan pendaftaran mereka dalam Sistem Maklumat OKU dikendalikan oleh pihak JKM.

Mengulas lanjut, Rina berkata, berdasarkan rekod JKM setakat 30 Jun lalu ada 36,601 orang autisme berdaftar di seluruh Malaysia dengan 24,748 orang daripadanya itu bawah 13 tahun.

“Justeru adalah menjadi hasrat pihak kementerian agar lebih banyak PPDK HFA ditubuhkan di seluruh negara bagi mereka diberi peluang pemulihan dan pendidikan yang sama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya