PRU15: ‘Legasi’ Rais Yatim di kerusi DUN Klawang? - Utusan Malaysia

PRU15: ‘Legasi’ Rais Yatim di kerusi DUN Klawang?

DANNI RAIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANALISIS

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Klawang di bawah Parlimen Jelebu sudah tentu menjadi tumpuan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ini kerana, Klawang dijang­ka menjadi salah satu kerusi penentu siapakah mentadbir Negeri Sembilan selepas ini.

Ia berdasarkan peluang seimbang dimiliki parti yang akan bertanding, mengambil kira keputusan PRU lalu.

Semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan (PH) diwakili Parti Ama­nah Negara (Amanah), Bakri Sawir menang de­ngan majoriti tipis, 976 undi.

Menjelang PRU15, PH dijangka mengekalkan Bakri apatah lagi kedudukan beliau sebagai Exco kerajaan negeri.

Selain bakal disaingi UMNO dari Barisan Nasional (BN), Kla­wang yang majoriti pengundinya Melayu, akan menarik penglibatan dua parti Melayu lain, Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA).

Ketika PRU15 semakin hampir, calon yang akan dipertaruhkan setiap parti masih menjadi tanda tanya.

Ura-ura BN akan menampilkan sekali lagi calonnya semasa PRU14, Datuk Baharuddin Jali.

Bagi PN, ada yang kata Ke­tua Pemuda PN negeri, Danni Rais akan diketengahkan bagi meneruskan legasi bapa­nya, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

DUN Negeri Sembilan me­nyaksikan perbezaan empat kerusi antara PH (20 kerusi) dan BN (16 kerusi).

BN dikatakan akan cuba merampas kembali kerusi yang tradisinya dimenangi iaitu Lenggeng, Ampangan, Labu, Paroi dan Pilah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya