PRU15: Fathul Bari tanding di Bintong, Kayang? - Utusan Malaysia

PRU15: Fathul Bari tanding di Bintong, Kayang?

MESKIPUN tidak terpilih sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya tidak pernah berhenti daripada terus me­lakukan kerja-kerja di lapangan dan sentiasa turun padang bagi mendekati penduduk Perlis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANALISIS

MESKIPUN tidak terpilih sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya tidak pernah berhenti daripada terus me­lakukan kerja-kerja di lapangan dan sentiasa turun padang bagi mendekati penduduk Perlis.

Nama Fathul Bari yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, bukanlah asing dalam kalangan penduduk khususnya di kawasan Kangar. Di sebalik kesibukan menjalankan tugas sebagai Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), kelibat beliau dilihat sentiasa ada di kawasan berkenaan melalui pelbagai program bersama rakyat.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar itu tidak menunggu musim pilihan raya untuk turun padang, sebaliknya, sudah bertahun-tahun bekerja mendekati rakyat dengan ribuan program diatur.

Menjelang PRU15, Fathul Bari yang mempunyai pendidikan tinggi serta berlatarbelakangkan agama mempunyai potensi besar untuk diketengahkan sebagai calon dalam PRU15.

Seperti yang digariskan Pre­siden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi iaitu calon yang bakal diketengahkan mempunyai ciri-ciri ‘wali’ iaitu merujuk kepada boleh menang, dite­rima dan disukai yang berkaliber dan berdaya, Fathul Bari dilihat mempunyai ciri-ciri tersebut.

Dalam PRU15, Fathul Bari dikaitkan dengan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antaranya di Bintong selepas ura-ura mengatakan Datuk Seri Azlan Man yang juga Menteri Besar akan berpindah ke kerusi Parlimen.

Berkat pelbagai program berterusan bersama rakyat itu, Fathul Bari dijangka tidak berdepan masalah memenangi hati rakyat di Bintong untuk memilih beliau sebagai wakil rakyat baharu di DUN berkenaan.

Selain Bintong, anak bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahya Hussin itu juga dikaitkan de­ngan kerusi DUN Kayang yang kini disandang Hamizan Hassan yang juga Exco kerajaan negeri. Pe­nerimaan penduduk di kawasan itu juga dikatakan sangat baik terhadap beliau.

Setiap kali program di kawasan berkenaan, ia mendapat sambutan baik daripada masyarakat di situ.

Bagaimanapun, segala keputusan tersebut bakal ditentukan kepemimpinan parti dalam menentukan calon terbaik.

Jika Fathul Bari bertanding di DUN, beliau juga berpotensi besar diketengahkan sebagai calon Menteri Besar jika Azlan memuktamadkan keputusan bertan­ding di Parlimen sekali gus bakal memberi laluan kepada calon baharu mengisi jawatan tersebut.

PRU15, BN juga dijangka tidak menghadapi masalah untuk te­rus mengekalkan kemenangan bergaya seterusnya membentuk kerajaan negeri.

Dalam PRU14, di Bintong, Azlan menang dengan majoriti 847 me­ngatasi calon Pakatan Harapan (PH), Mokhtar Che Kassim dan Abdul Jamil Kamis dari Pas.

Di Kayang pula, Hamizan berjaya menewaskan calon Abdul Hannaan Khairy (PH) dan Md. Radzi Hassan (Pas) dengan majoriti tipis sekitar 435 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya