PRU-15: Saya sihat lagi untuk bertanding - Noor Azmi

PRU-15: Saya sihat lagi untuk bertanding – Noor Azmi

DR NOOR AZMI GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali memberi bayangan untuk terus kekal mempertahankan dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

“Saya sihat lagi,” katanya ringkas ketika diminta mengulas sama ada beliau akan bertanding lagi atau sebaliknya pada pilihan raya nanti.

Noor Azmi menang PRU-14 atas tiket Barisan Nasional (BN) namun kemudiannya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). 

Bagaimanapun, Mei lalu, Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebelum ini pernah dilapor memberi bayangan mahu bertanding di Parlimen Bagan Serai pada PRU15.

Noor Azmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan I bagaimanapun berkata, keputusan itu tetap terserah kepada pimpinan parti. 

“Setakat ni saya tak tahu tentang perkara itu (Wan Fayhsal mahu bertanding Parlimen Bagan Serai), tetapi apa-apa pun kita serah keputusan kepada pucuk pimpinan dalam parti dan rakyat,” jelasnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya