Polis rampas 51,200 rokok putih bernilai RM60,669

Polis rampas 51,200 rokok putih bernilai RM60,669

SEBAHAGIAN daripada rokok putih yang dirampas di sebuah premis menjual barangan runcit di Pekan Baru Layang-Layang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Polis Kluang berjaya merampas pelbagai jenis rokok putih bernilai RM60,669 termasuk cukai dalam satu serbuan di Pekan Baru Layang-Layang, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, hasil maklumat awam, sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah bersama-sama anggota dari Balai Polis Layang-Layang melakukan serbuan ke atas sebuah premis menjual barangan runcit kira-kira pukul 3 petang.

Hasil serbuan itu, pihaknya berjaya merampas pelbagai jenis rokok putih tidak bercukai serta menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun.

“Rokok yang berjaya dirampas ialah 10 karton jenama U2, 25  karton Tiara Merah, 38 karton Re King Merah, 17 karton Re Bold Hitam, 30 kartonTouro Hitam, 11 karton LA Hitam, tujuh karton Canyon Blast Biru, empat karton Canyon Menthol Hijau dan enam karton Clas Mind Putih.

“Turut dirampas ialah Galaxy Merah (tiga karton), Sampoerna Mild Putih (enam karton), Gudang Baru (lima karton), Gudang Garam Menthol Mild Putih (empat karton), Impact Diplomat Hitam (24 karton), John Merah (sembilan karton) dan Luffman Classic Putih (56 karton) menjadikan keseluruhannya berjumlah 61,200 batang rokok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga 20 kali ganda nilai barangan atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pihaknya akan memohon tahanan reman terhadap suspek hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya