Polis NS terima dua laporan terhadap pendakwah selebriti 

Polis NS terima dua laporan terhadap pendakwah selebriti 

RUSLAN KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN:  Polis Negeri Sembilan mengesahkan menerima dua laporan polis terhadap seorang pendakwah selebriti tanah air yang dikaitkan dengan kes jenayah amang seksual terhadap remaja lelaki.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid berkata, laporan polis tersebut diterima bulan ini.

“Laporan polis dibuat di bawah daerah Seremban. Pengadu yang membuat laporan dalam lingkungan umur 17 tahun dan melibatkan antara pengadu yang turut terlibat dalam laporan polis di kontinjen Selangor.

“Buat masa ini, siasatan selari dijalankan bersama kontinjen Selangor di bawah seksyen kesalahan sepertimana di Selangor. 

“Pihak polis sedang melengkapkan siasatan dan perkembangannya akan dirujuk ke pihak Bukit Aman untuk kemukakan pula ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini media melaporkan, polis sudah menerima enam laporan polis setakat ini ke atas seorang pendakwah selebriti tanah air yang dikaitkan dengan kes jenayah amang seksual terhadap remaja lelaki.

Empat laporan polis dibuat di Selangor manakala dua lagi dibuat mangsa di Negeri Sembilan.

Sementara itu, Ruslan berkata, pihaknya menasihatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan mendatangkan fitnah kepada mana-mana pihak serta menyebabkan kegusaran kepada masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya