PKGK Kuala Gandah pusat tangkapan, penempatan gajah liar

PKGK Kuala Gandah pusat operasi tangkapan, penempatan gajah liar

BANGUNAN utama Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Lanchang Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH : Semua gajah liar yang berjaya di selamatkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan dihantar ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) yang terletak di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang yang berperanan sebagai pusat operasi bsgi Unit Tangkpan Gajah Liar di negara ini,

Sejak penubuhannya pada 1989 PKGK, jumlah gajah liar yang ditangkap dan pindah dari 1974 hingga Ogos 2022 adalah sebanyak 1086 ekor.

 Bercakap kepada Utusan Malaysia Ketua Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK ) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab. Rahman berkata,  PKGK  dipertanggungjawabkan untuk menjalankan program tangkapan dan penempatan semula gajah liar yang menghadapi konflik. 

Menurutnya,  objektif penubuhan PKGK terbahagi kepada tiga iaitu  memastikan perlindungan gajah dan pengurusan habitatnya. 

Tambah beliau  PKGK juga menambah pengetahuan, kesedaran, dan sokongan umum mengenai kepentingan pemuliharaan gajah. 

” Pusat ini juga berperanan sebagai medium  pengurusan pusat konservasi sebagai pusat kajian, pendidikan, dan ekopelancongan, ‘ katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Beliau berkata, buat masa kini, PKGK menempatkan 26 ekor gajah denak (iaitu gajah yang digunakan untuk membantu operasi pemindahan gajah liar) dan anak gajah yang diselamatkan. 

Menurutnya, daripada 26 ekor itu, lima  adalah gajah jantan manakala 21 lagi adalah betina. 

Gajah tertua yang terdapat di PKGK adalah Lokimala, berusia 84 tahun, iaitu gajah betina yang dibawa masuk dari Assam, India pada tahun 1974. 

 Gajah termuda pula adalah Yong Siput yang diselamatkan dari Sungai Siput, Perak dan sekarang telah berumur satu tahun, ‘ katanya. 

Tambah beliau, sejak  penubuhan Unit Tangkapan Gajah oleh Perhilitan pada 1974, sehingga kini, jabatan berkenaan memindahkan 1087 ekor gajah liar yang menghadapi konflik kembali ke habitat yang lebih sesuai dan selamat. 

Selain itu ujar beliau, bidang tugas utama, PKGK juga popular dikalangan pelancong tempatan mahupun pelancong antarabangsa yang ingin mendekatkan diri bersama gajah. 

Menurutnya, bermula tahun 2000 sehingga tahun 2021, seramai 5,556,352 orang pelancong telah direkodkan hadir ke PKGK yang mana secara tak langsung mampu untuk merancakkan sektor ekopelancongan dan menjana ekonomi rakyat tempatan. 

Tambah beliau, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga aktif dalam menerima program-program CSR bersama agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta, mahupun daripada pelajar-pelajar sekolah atau universiti. 

“PKGK dipilih sebagai Tarikan Pelancongan Ecopark Terbaik pada tahun 2021,” katanya.

Menurutnya, orang ramai dibenar memberi makan gajah dewasa di kawasan lepas bebas sebagai daya tarikan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan ( PKGK) Kuala Gandah Lancang.

“ Aktiviti persembahan dan aksi gajah dan aksi memandikan gajah satu tarikan pelancong domestik dan luar negara. 

Tambah beliau, pengunjung bersama ahli keluarga berpeluang melihat gelagat haiwan ini serta melawat galeri atau muzium gajah yang terdapat di sini. 

Sementara itu menurutnya, jumlah gajah liar yang ditangkap pindah dari 1974 hingga Ogos 2022 sebanyak 1086 ekor.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya