Pilihan raya berasingan hanya akan tingkatkan kos - Utusan Malaysia

Pilihan raya berasingan hanya akan tingkatkan kos

MOHD. Isam Mohd. Isa (kiri) dan Saiful Yazan mengulas cadangan kerajaan Negeri Sembilan yang tidak mahu membubarkan DUN sebelum Mac tahun depan sekiranya Parlimen dibubarkan dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan dengan Parlimen hanya akan meningkatkan kos sekali gus membawa kepada pembaziran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa berkata, perbezaan antara mengadakan pilihan raya sekarang dengan tamat tempoh penggal DUN hanya enam bulan sahaja.

“Jadi pembaziran akan berlaku jika kerajaan negeri yang memerintah enggan mengadakan pilihan raya secara bersama dengan Parlimen.

“Langkah untuk tidak membubarkan DUN selepas Parlimen dibubarkan bukan sesuatu langkah yang tidak bijak,” katanya ketika diminta mengulas cadangan kerajaan Negeri Sembilan untuk tidak mahu membubarkan DUN sebelum Mac tahun depan.

Ia sekiranya Parlimen dibubarkan dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berkata, pihaknya akan membawa pandangan itu kepada Majlis Presiden PH supaya ia dapat diputuskan.

ADUN Johol, Saiful Yazan Sulaiman pula berkata, alasan yang kukuh diperlukan jika pilihan raya antara Parlimen dan DUN hendak dilaksanakan secara berasingan.

“Kerajaan negeri perlu menyatakan dengan jelas alasan enggan mengadakan pilihan raya bersama dengan Parlimen. Rakyat kini sudah bijak membuat pilihan kerajaan yang mereka mahukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya