PH selesai runding kerusi bertanding di NS

PH selesai runding kerusi bertanding di NS

AMINUDDIN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Proses rundingan kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam kalangan parti Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan sudah pun selesai.

Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, rundingan tersebut termasuklah kerusi-kerusi yang telah ditinggalkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“(Rundingan kerusi) di Negeri Sembilan sudah selesai di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Kami juga sudah agihkan (kerusi ditinggal Bersatu).

“Tinggal untuk umum calon sahaja, kerana mengenai calon ini ditentukan oleh parti-parti,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Aminuddin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka turut memaklumkan, rundingan kerusi bagi PH di negeri Melaka juga telah diselesaikan baru-baru ini.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya