Perniagaan online punca lepasan SPM enggan sambung pengajian

Perniagaan dalam talian punca lepasan SPM enggan sambung pengajian

RAZLI Che Razak (dua dari kanan) menerima cenderahati pada Persidangan Serantau Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal kali ke-31 di Kota Bharu, Kelantan. - FOTO/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perniagaan secara dalam talian atau online dilihat menjadi salah satu punca pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) enggan menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi.

Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Profesor Dr. Razli Che Razak berkata, hal ini kerana perniagaan online melibatkan pelbagai produk mampu membuatkan mereka menjadi  ‘kaya’ dalam masa yang singkat.

“Mereka sebenarnya tidak sedar hakikatnya untuk mencapai ke arah itu, kita perlu ada ilmu dan UMK adalah satu-satunya universiti keusahawan yang membuka peluang yang luas kepada mereka yang ingin menceburi bidang keusahawanan.

“Di UMK, kesemua sembilan fakulti memang diwajibkan untuk mengambil kursus keusahawanan dan pelajar yang mahu ‘kaya’ dalam masa singkat boleh datang ke UMK di mana, sambil belajar juga pelajar dapat menjadi ‘kaya’,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai lepas SPM yang enggan menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi semasa ditemui pada sidang media Persidangan Serantau Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal kali ke-31 di Hotel Perdana, di sini hari ini.

Razli memberitahu, pihaknya akan terus mengukuhkan kerjasama dengan  agensi swasta dalam usaha memperkasakan lagi graduan mereka pada masa hadapan.

Katanya, langkah ini bagi memastikan graduan UMK laris di pasaran pekerjaan sebaik sahaja menamatkan pengajian.

“Kita memberi galakan kepada pihak fakulti untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak swasta supaya graduan selari dengan silibus serta kurikulum pihak industri.

“Bantuan ini amat diperlukan dalam meningkatkan kualiti pembelajaran di UMK,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya