Penganggur mengaku salah cederakan adik kandung

Penganggur mengaku salah cederakan adik kandung

SEORANG penganggur yang dituduh mencederakan adik kandungnya dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini. - FOTO/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki berdepan hukuman penjara setelah mengaku bersalah mencederakan adik kandungnya, bulan lalu.

Tertuduh yang juga seorang penganggur membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nordiana Abd. Aziz setelah pertuduhan dibacakan ke atasnya hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang berusia 41 tahun didakwa menyebabkan kecederaan terhadap adik kandung perempuannya yang berusia 27 tahun.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di sebuah kampung di Manir, di sini, kira-kira pukul 1.55 petang, 26 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326 yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau sebat jika sabit kesalahan.

Nordiana kemudian menetapkan kes disebut semula pada 3 Oktober depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya