Penduduk kesal larangan menyauk ikan loma Sungai Rui

Penduduk kesal larangan menyauk ikan loma Sungai Rui

SUNGAI Rui di Gerik yang menjadi lokasi penduduk menyauk ikan loma pada musim tengkujuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Penduduk di sepanjang Sungai Rui di sini kesal apabila mereka tidak lagi merasai ke­gembiraan tradisi ‘menyauk’ ikan loma semasa musim hujan yang dilakukan masyarakat setempat sejak berpuluh tahun lalu.

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Gerik di Perantauan, Tajuddin M. Ali berkata, ini berikutan papan kenyataan notis awam mengenai larangan menangkap ikan di sungai itu bermula minggu kedua hingga minggu ketiga bulan September di sepanjang Sungai Rui yang dipasang oleh Jabatan Perikanan negeri.

PAPAN notis larangan menangkap ikan loma di Sungai Rui, Gerik. – UTUSAN/MEDIA SOSIAL

Menurutnya, walaupun tempoh larangan tersebut sudah berakhir, namun penduduk tetap takut untuk ke sungai menangkap ikan.

Katanya, apatah lagi papan kenyataan itu tertera amaran mereka yang menangkap ikan tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan.

“Ini pertama kali penduduk dilarang menangkap ikan loma di sungai itu yang dibiasanya dilakukan pada musim tengkujuh atas sebab-sebab yang mereka tidak tahu.

“Larangan ini mengejutkan kerana menangkap ikan loma pada musim tengkujuh sudah menjadi tradisi penduduk di Sungai Rui sejak berpuluh-puluh tahun.

“Sebenarnya, ia bukan sekadar tradisi tetapi memberikan sedikit hasil ketika penduduk yang tidak dapat menoreh semasa musim hujan,” katanya .

Menurutnya, ikan loma biasanya dibuat pekasam dan berharga antara RM4 hingga RM5 sekilogram.

“Dengan jualan ikan loma, dapat juga penduduk meraih sedikit hasil ketika mereka tidak dapat menoreh semasa musim tengkujuh. “Tetapi tahun ini mereka tidak dapat menangkap ikan loma kerana larangan yang dikeluarkan,” katanya. Penduduk tidak berpuas hati dengan larangan tersebut tanpa ada alasan yang diberikan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya