Penduduk 'keliru' penggera amaran banjir kerap berbunyi

Penduduk ‘keliru’ penggera amaran banjir kerap berbunyi

WAN Mohd. Yusof Wan Taib menunjukkan PRABN yang dibina di pinggir Sungai Kelantan di Kampung Pasir Pekan Hulu, Tumpat, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Penduduk dari dua buah kampung di sekitar lembangan Sungai Kelantan iaitu Pasir Pekan Hulu dan Pasir Pekan hilir di sini, mengakui keliru dengan penggunaan penggera sistem Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) yang kerap berbunyi walaupun musibah tidak berlaku.

Rata-rata penduduk ketika ditemui Utusan Malaysia meluahkan terkejut dengan bunyi tersebut.

Seorang penduduk dari Kampung Pasir Pekan, Wan Mohd. Yusof Wan Taib, 67, berkata, sudah tiga kali penggera itu berbunyi sehingga ada penduduk menyangka banjir berlaku dalam masa terdekat.

“Kalau nak kata latihan, penduduk kampung tidak menerima sebarang pemakluman berhubung perkara tersebut. Saya harap pihak berwajib dapat mengambil tindakan berhubung perkara ini bagi mengelakkan kami terus keliru sama ada banjir akan berlaku atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, sumber dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memberitahu, sistem PRABN masih lagi di peringkat percubaan dan proses kemas kini sedang dilakukan yang siap pada Oktober ini.

Katanya, penduduk dinasihatkan tidak panik dan kerajaan sentiasa mengeluarkan amaran jika banjir sebenar berlaku.

Dalam perkembangan lain, penduduk Pulau Seratus, Roslan Ismail, 48, berkata, siren amaran banjir itu banyak membantu penduduk di kawasan tersebut.

Katanya, ia berfungsi dengan baik dan setiap kali paras air sungai Kelantan melimpah, siren amaran itu berbunyi.

“Apabila dengar siren amaran ini, kami penduduk di sini mula membuat persiapan banjir. Seingat saya siren amaran banjir ini dipasang selepas banjir besar pada 2014,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya