Pemandu Grab dituduh jadi 'bapa ayam'

Pemandu Grab dituduh jadi ‘bapa ayam’

LEE Eng Seng ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown, Pulau Pinang hari ini atas atas empat pertuduhan menjadi dalang dalam kegiatan pelacuran bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seorang pemandu Grab mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menjadi dalang dalam kegiatan pelacuran bulan lalu.

Tertuduh, Lee Eng Seng, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Abd. Karim.

Mengikut kertas pertuduhan, Eng Seng didapati hidup sepenuhnya atau sebahagiannya daripada hasil persundalan di C.Y. Choy Heritage Hotel, No. 171 Jalan C.Y. Choy pada 30 Ogos lalu.

Keempat-empat pertuduhan dilakukan di tempat dan tarikh yang sama antara pukul 5.55 petang hingga 8 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 372A(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebat dan juga boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan sehingga kes selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shahrezal Mohd. Shukri manakala tertuduh diwakili peguam Tey Yi Kai.

Mahkamah turut menetapkan 13 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya