Pelitup muka di masjid, surau masih wajib di Selangor

Pelitup muka di masjid, surau masih wajib di Selangor

TENGKU Amir Shah (tiga dari kiri) menyaksikan penyerahan Dokumen Perjanjian Masjid Diraja Raja Lumu antara Mohd. Shahzihan Ahmad (dua dari kanan) dan Mohamed Raffe Chekku di Kuala Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Pemakaian pelitup muka di semua masjid dan surau di Selangor masih diwajibkan kepada semua jemaah setakat ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya sudah menyembah maklum beberapa syor meliputi prosedur operasi standard (SOP) atau langkah alternatif mengenai perkara itu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan mengambil kira keselamatan dan keselesaan semua pihak.

“Kita mengambil maklum pengumuman terbaharu oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai pelitup muka itu.

“Namun, pemakaiannya masih kekal di masjid atau surau di negeri ini dan menunggu perkenan Sultan Sharafuddin bagi ketetapan baharu kelak,” katanya ketika ditemui di Masjid Raja Lumu di Pekan Lama di sini, hari ini.

Terdahulu, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan merasmikan Masjid Diraja kesembilan negeri itu yang  dinaiktaraf selepas diubahsuai sejak 2018 oleh Kumpulan Syarikat Rafulin.

Kelmarin, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup kini atas pilihan berkuat kuasa serta merta.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa Covid-19 dalam negara serta penilaian semasa yang dilakukan kementeriannya.

Namun, pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau membuat pilihan sendiri.

Dalam pada itu, Mohd. Shahzihan memberitahu, JAIS akan memaklumkan SOP atau ketetapan terkini itu apabila mendapat perkenan Istana Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya