Pekerja asing tidak ‘dilepaskan’ selagi majikan tidak tiba di KLIA

Pekerja asing tidak ‘dilepaskan’ selagi majikan tidak tiba di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang penulis blog berdepan tindakan undang-undang selepas membuat tuduhan tidak berasas menerusi hantaran di media sosial miliknya berkaitan pengurusan masuk pekerja-pekerja asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya kesal dengan tuduhan itu kerana ia boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan rakyat. 

KHAIRUL DZAIMEE DAUD

Menjelaskan situasi sebenar, beliau berkata, setiap majikan diwajibkan menunggu ketibaan pekerja asing baharu di KLIA dan mereka bertanggungjawab menguruskan dokumentasi serta membuat pengesahan bahawa mereka adalah majikan kepada pekerja tersebut.

“Peraturan Jabatan Imigresen memberi tempoh selama enam jam kepada majikan untuk datang ke KLIA dan menerima pekerja asing mereka. 

“Dalam keadaan tertentu, tempoh itu akan dilanjutkan. Pekerja terlibat tidak akan dilepaskan keluar sehingga majikan sebenar seperti dalam permohonan tiba di KLIA untuk menerima mereka,” tegasnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas hantaran blogger terbabit yang menyifatkan tiada tindakan diambil Jabatan Imigresen meskipun ada pekerja asing menunggu hingga 12 jam di KLIA untuk dilepaskan kepada majikan mereka.

Khairul Dzaimee berkata, peraturan sedemikian memastikan semua pekerja asing mempunyai majikan sah.

Jelasnya, kegagalan majikan mematuhi peraturan menyebabkan pekerja asing diberikan notis ‘Not to Land’ (NTL) dan akan diarah pulang dengan penerbangan berikutnya ke negara asal. 

Beliau memberitahu, sejak pembukaan semula sempadan negara, pihaknya menguruskan kemasukan pekerja asing baharu berjumlah 98,079 mulai 1 April sehingga 26 September lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya