Pasukan koir UiTM berlepas ke Barcelona

Pasukan koir UiTM berlepas ke Barcelona untuk sertai pertandingan di Eropah

uitm
Pasukan UiTM Chamber Choir (UCC) bergambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Barcelona, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pasukan koir Universiti Teknologi MARA (UiTM), UiTM Chamber Choir (UCC) berlepas ke Barcelona malam tadi untuk menyertai dua pertandingan di peringkat antarabangsa yang bakal berlangsung di Sepanyol dan Itali.

Dua pertandingan tersebut adalah Festival dan pertandingan Koir Antarabangsa Pau Casals Ke-11 di Lloret de Mar, Barcelona dan pertandingan koir Isola Del Sole di Grado Itali bermula 27 September 2022 sehingga 4 Oktober 2022.

Seramai 23 mahasiswa universiti tersebut terlibat sambil dipimpin oleh Profesor Madya Dr. Masashi Kishimoto yang juga merupakan konduktor pasukan itu. Turut serta adalah dua Pensyarah iaitu Professor Dr. Tazul Izan Tajuddin dan Maryann Magdalena Linnis. 

UCC ditubuhkan pada tahun 2015 dan telah mencipta banyak kemenangan di peringkat antarabangsa seperti di Bali, Indonesia (2015), Prague, Greece (2017), Rome, Itali (2018) dan terbaru di Toruń, Poland dan Wernigerode, Jerman (2019). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya