Pastikan bendera hijau bulan berkibar pada PRU15 - Pas Kedah 

Pastikan bendera hijau bulan berkibar pada PRU15 – Pas Kedah 

JABATAN Amal Pas pada majlis perasmian Muktamar Tahunan Pas Pusat Ke-68 di Kompleks Pas Kedah di Alor Setar. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Perbahasan ucapan dasar Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dimulakan dengan gesaan supaya lambang hijau bulan parti itu digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ini memandangkan lambang itu digunakan oleh Pas sejak 70 tahun lalu dan dikenali di seluruh negara.

Perwakilan Pas Kedah, Helmi Wahab membuat gesaan itu kerana lebih yakin dengan lambang partinya sendiri berbanding lambang Perikatan Nasional (PN).

“Hari ini kita melihat Kedah tersergam indah dengan kehijauan, justeru saya mewakili perwakilan pada PRU15 nanti juga dikibarkan bendera hijau bagi berhadapan musuh-musuh Pas.

“Pastikan kibaran bendera dan pangkah hijau bulan,” katanya yang disahut dengan sokongan oleh perwakilan dalam perbahasan hari ini.

Justeru, beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Negeri Pas Kedah berkata, perkara itu perlu dibawa kepada pucuk pimpinan parti.

“Rayulah, ini suara Kedah. Ini bukan sekadar usul, kita pastikan lambang parti Pas sebagai lambang PRU15,” katanya.

Perkara yang sama disuarakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengenai ramai pengundi dan penyokong Pas yang alah dengan warna biru tua digunakan PN. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya