Pak Lah hidap demensia - Khairy

Pak Lah hidap demensia – Khairy

ABDULLAH AHMAD BADAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi disahkan menghidap demensia atau penyakit nyanyuk ketika ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh menantunya, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ketika merasmikan Panduan Amalan Klinikal (CPG) Pengurusan Demensia (Edisi Ketiga) dan Pengurusan Schizophrenia (Edisi Kedua) hari ini.

Katanya, Pak Lah mula menunjukkan tanda kecacatan kognitif sejak beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2009.

“Ramai yang bertanya mana Pak Lah? Beliau menghidap demensia. Saya beritahu penyakit dihidapi Pak Lah ini selepas mendapat persetujuan daripada keluarganya kerana ramai tertanya-tanya keberadaannya dan sudah lama tidak melihatnya di tempat umum,” katanya.

Jelasnya lagi, Pak Lah masih sihat namun lebih selesa berada di rumah bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.

“Beliau kini terpaksa duduk atas kerusi roda, umpama mempunyai kehadiran fizikal tapi fikirannya tiada. Beliau tidak ingat nama saya, nama isteri saya. Satu-satunya sebab yang saya tahu dia masih ingat saya adalah melalui kerlipan matanya ketika saya melawatnya.

“Lebih banyak hari yang sukar berbanding hari yang lancar. Jadi doakan beliau dan kami berharap untuk hari yang lebih baik akan datang,” katanya.

Pak Lah, 82, menggalas tugas sebagai Perdana Menteri kelima Malaysia pada Oktober 2003 bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum meletak jawatan pada April 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya