PETALING JAYA: Sesiapa pun boleh menghidap demensia atau menjadi nyanyuk tanpa mengira usia sekiranya seseorang tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Perubatan dan Geriatrik Jabatan Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr. Rizah Mazzuin Razali bagaimanapun berkata, golongan berisiko tinggi menghidap penyakit itu adalah warga emas yang tidak menjaga pemakanan sehingga mengundang penyakit kronik selain faktor genetik. “Ini menyebabkan mereka mendapat penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. Kesemua penyakit kronik ini meninggikan risiko penyakit vaskular yang boleh menyebabkan demensia. “Oleh itu, pastikan di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya