Nota terakhir Joo-eun rungkai persoalan - Utusan Malaysia

Nota terakhir Joo-eun rungkai persoalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Saya tidak mahu hidup lagi”. Mesej itu adalah sebahagian yang ditulis dalam nota yang ditinggalkan pelakon, Yoo Joo-eun sebelum ditemukan tidak bernyawa, baru-baru ini.

Abang pelakon tersebut, menerusi akaun Instagramnya mengesahkan Joo-eun telah membunuh diri.

Perincian kejadian itu, bagaimanapun tidak didedahkan. Namun, Joo-eun, sebelum kematiannya telah menjawab pelbagai soalan terhadap tindakannya menerusi satu nota yang ditulis panjang lebar.

Dalam nota itu, Joo-eun menjelaskan dia sudah tidak mahu meneruskan hidup dan memohon maaf kepada ahli keluarganya kerana ‘pergi dulu’.

“Saya mohon maaf kerana pergi dulu. Terutamanya, kepada mak, ayah, nenek dan Oppa (abang). Jeritan hati saya berkata, saya tidak mahu hidup lagi.

“Hidup anda mungkin akan kosong tanpa saya. Tetapi, tolong terus hidup. Saya akan terus menjaga anda semua. Jangan menangis. Nanti anda akan tersakiti,” tulisnya.

Dalam nota yang sama, pelakon drama popular Big Forest itu mengakui sudah lama memikirkan untuk menamatkan riwayatnya.

“Saya tidak bersedih. Malah, sekarang saya lega dan tenang. Mungkin kerana saya sudah lama memikirkan tentangnya.

“Saya hidup bahagia dan lebih daripada apa yang sepatutnya saya terima. Itu sudah mencukupi bagi saya. Tolong hidup tanpa menyalahkan sesiapa. Saya tidak mati. Jadi, tolong hidup dengan tenang,” ujarnya.

Dalam pesanannya itu, mendiang juga berharap acara pengebumiannya dihadiri semua yang mengenalinya.

“Saya berharap ramai yang akan hadir di majlis pengebumian saya nanti. Saya mahu melihat mereka yang sudah lama tidak saya temui.

“Saya terlalu inginkan kerjaya lakonan. Mungkin itu sahaja yang saya ada dan menjadi sebahagian diri saya. Namun, hidup yang saya jalani tidak mudah.

“Saya tidak mampu melakukan perkara lain dan merasakan diri tidak berguna. Peluang melakukan apa yang saya suka adalah satu kebahagiaan. Namun, hanya mampu melakukan perkara yang sama adalah satu sumpahan,” luahnya.

Meskipun kematian Joo-eun diklasifikasikan sebagai bunuh diri, muncul khabar angin yang mengaitkan insiden itu dengan pembunuhan yang dirancang.

Menurut US Day News, laporan dari sebuah portal di Korea membuat spekulasi kononnya pelakon tersebut mati dengan cara lain dan tindakannya bunuh diri sebagai cerita palsu yang diada-adakan.

Bagaimanapun dakwaan itu dipatahkan menerusi perincian di dalam nota terakhir yang ditinggalkan mendiang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya