Negeri Sembilan hantar 450 atlet ke sukan MSSM

Negeri Sembilan hantar 450 atlet ke sukan MSSM

PARA pemain pasukan hoki bawah 18 tahun Negeri Sembilan bergambar di pekarangan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan sebelum majlis pelepasan atlet ke Kejohanan Sukan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2022 di Seremban, semalam. - UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 450 pelajar sekolah dari Negeri Sembilan mengambil bahagian dalam kejohanan sukan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2022 yang bermula hari ini sehingga Khamis ini.

Mereka menyertai 24 acara sukan yang dipertandingkan dalam kejohanan itu tahun ini yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Setiap negeri termasuk Wilayah Persekutuan menjadi tuan rumah untuk satu atau dua acara sukan yang dipertandingkan.

Kontinjen Negeri Sembilan berlepas ke setiap lokasi pertandingan masing-masing semalam yang mana majlis pelepasan disempurnakan Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Datuk  Md. Fiah Md. Jamin di pekarangan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, dekat sini.

Md. Fiah dalam ucapannya berharap kontinjen Negeri Sembilan dapat memberikan aksi terbaik dalam setiap sukan yang dipertandingkan.

Menurutnya, kemenangan dalam pertandingan itu sudah pasti membawa kebanggaan kepada negeri ini. 

“Jadikan moto `Up Nogori’ yang dipelopori oleh JPNS sebagai pembakar semangat untuk membawa pulang kemenangan dalam sukan yang disertai,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya