Nasib ‘pengkhianat’ akan berakhir dengan persaraan - Anwar Ibrahim - Utusan Malaysia

Nasib ‘pengkhianat’ akan berakhir dengan persaraan – Anwar Ibrahim

anwar
ANWAR Ibrahim menyampaikan ceramah rapat rakyat di Kuala Perlis malam tadi. - UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan nasib para ‘pengkhianat’ parti akan berakhir dengan persaraan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sehubungan itu, tegas Anwar, parti itu akan mengetengahkan calon-calon terkuat di kerusi dipegang ‘pengkhianat-pengkhianat’ tersebut.

Kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, belum ada dalam sejarah pemimpin-pemimpin yang khianat ini mampu bertahan.

“Saya beri mesej jelas, apa pun alasan diberikan, dia khianat akan ditolak. Mereka yang khianat tidak pindah berdasarkan prinsip sebaliknya disebabkan harta dan kuasa.

“Kita telah arahkan pimpinan tentukan calon-calon yang kuat untuk menumbangkan ‘pengkhianat-pengkhianat’ ini,” katanya ketika ditemui di sini malam tadi.

Hadir sama, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad dan barisan kepemimpinan PKR negeri.

Dalam perkembangan lain, Anwar mencadangkan agar PRU15 diadakan tahun depan bukannya pada musim banjir.

Katanya, mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan memilih menetap tarikh pilihan raya tersebut pada masa yang sesuai yang tidak membebankan rakyat.

“Kita prihatin terhadap masalah banjir dan saya kira apabila keadaan lebih terkawal iaitu sebaik-baiknya pada tahun depan (PRU15),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya