244 pejuang diabadikan pada Tugu Peringatan Force 136 Pahang

Nama 244 pejuang menentang Jepun diabadikan pada Tugu Peringatan Force 136 Pahang

TENGKU HASSANAL Ibrahim Alam Shah (tengah) bersama waris tentera Force 136 selepas merasmikan Tugu Peringatan Force 136 di Kem Puncak Mas di Raub, Pahang. - UTUSAN/ SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Seramai 244 pejuang yang menentang tentera Jepun dalam era Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu diabadikan pada Tugu Peringatan Force 136 Pahang di Kem Puncak Mas di sini. 

Tengku Panglima Raja, Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah berkata, mereka terdiri daripada 27 pegawai dan 217 lain-lain pangkat merupakan pengasas pembentukan Rejimen 505 Askar Wataniah. 

Beliau yang merangkap Komander Rejimen 505 Askar Wataniah berkata, tujuan Tugu Peringatan Force 136 Pahang dibina adalah bagi memperingati pejuang-pejuang tanah air yang terdiri daripada anak-anak watan negeri ini.

“Mengimbas kembali sejarah Force 136, pasukan ini ditubuhkan pada 16 Mac 1944 adalah nama samaran kepada operasi sulit yang bertujuan melakukan perisikan dan sabotaj terhadap tentera Jepun.

“Pada 1 Disember 1945, Force 136 dibubarkan selepas tentera Jepun menyerah kalah dan anggota Force 136 dikekalkan sebagai askar Wataniah,” katanya pada majlis perasmian Tugu Force 136 di Kem Puncak Emas Mas di sini hari ini. 

Perasmian Tugu Peringatan Force 136 Pahang Rejimen 505 Askar Wataniah disempurnakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri`ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah. 

Tengku Amir Nasser berkata, Force 136 Pahang diketuai Yeop Mahidin Mohd. Sharif dan turut disertai oleh Abdul Razak Hussein, Ghazali Shafie dan Abdul Rahman Ismail yang merupakan tokoh penting negara. 

Menurutnya, Tugu Peringatan Force 136 Pahang disempurnakan pada bulan September sempena sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-89 pada 16 September setiap tahun.

Menyorot sejarah penubuhan pada 1 Disember 1945, Force 136 ditubuhkan selepas tentera Jepun menyerah kalah dan anggota Force 136 dikekalkan sebagai sebagai Askar Wataniah. 

Susulan daripada itu Leftenan Kolonel Yeop Mahidin dilantik sebagai pemerintah manakala Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri`ayatuddinAl-Muadzam Shah Ibni Sultan Abdullah Al Mu`tassim Billah sebagai Kolonel Kehormat. 

Tugu peringatan ini adalah cetusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustaffa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in semasa Seri Paduka menjawat Komander Rejimen 505 Askar Wataniah.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya