Nad Zainal bercerai - Utusan Malaysia

Nad Zainal bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nad Zainal mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan, dia sudah bercerai dengan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin, baru-baru ini.

Pelakon berusia 32 tahun itu, yang memadam semua gambarnya bersama Faliq di Instagram, bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh penceraian mereka.

“Ya, kami sudah bercerai dan keputusan ini dibuat hasil kesepakatan kami berdua.

“Keputusan ini (berpisah) bukan satu perkara yang mudah,” luahnya.

Pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin juga menolak untuk berkongsi punca perpisahan mereka, sebaliknya memaklumkan hubungannya dengan Faliq kekal baik demi anak-anak.

“Kami kekal bersahabat baik. Saya perlu memberitahu perkara ini agar tidak berlaku fitnah.

“Saya perlu tabah meneruskan kehidupan untuk masa depan dua anak kami,” katanya lagi.

Nad dan Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan mereka dikurniakan dua anak, Fahad Ibrahim, 6, serta Budi Kalsom, 1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya