Muktamar Tahunan Pas Ke-68 bermula

Muktamar Tahunan Pas Ke-68 bermula

ABDUL Hadi Awang memeriksa perbarisan kehormat Jabatan Amal sebelum majlis perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-68 di Kompleks Pas Kedah, hari ini. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Muktamar Tahunan Pas kali Ke-68 membuka tirai hari ini setelah dua hari muktamar sayap-sayap parti dijalankan di sekitar negeri ini sejak Khamis lalu.

Sesi hari pertama yang bermula kira-kira pukul 9 pagi ini dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan kehormat Jabatan Amal oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Muktamar yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah diteruskan dengan majlis perasmian di Dewan Datuk Haji Fadzil Mohd. Noor yang turut dihadiri Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Abdul Hadi dijangka menyampaikan ucapan dasar beliau pagi ini yang dinantikan oleh ahli dan perwakilan parti itu terutama dalam soal perpaduan ummah dan Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya