Muktamar Pas: PRU15 bapa segala pilihan raya

Muktamar Pas: PRU15 ibarat bapa segala pilihan raya

PERWAKILAN yang menghadiri majlis perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-68 yang dirasmikan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Kompleks Pas Kedah, Alor Setar. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pas beranggapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah ‘bapa kepada segala pilihan raya’ yang menyaksikan cabaran besar untuk parti itu menetapkan strategi dan hala tujunya.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Muktamar Tahunan Pas Ke-68 yang berlangsung hari ini dan esok menjadi medan penting untuk parti itu mempersiap parti termasuk jenteranya.

“Muktamar Pas kali ini adalah muktamar terakhir sebelum PRU15 yang disifatkan sebagai bapa segala pilihan raya. Oleh itu semua perwakilan diminta mengambil kesempatan ini untuk memberi pandangan dan idea bagaimana membuat persiapan terutama strategi dan calon bagi mendapat sokongan rakyat.

“Itu demi mempertahan kemenangan kerusi yang sedia ada dan tambah bilangan kerusi,” katanya ketika berucap pada Muktamar Tahunan Pas Ke-68 di Kompleks Pas Kedah hari ini.

Bagaimanapun kata Takiyuddin, persiapan dan strategi khusus berkaitan PRU15 itu akan diperincikan oleh pimpinan parti selepas muktamar berkenaan.

“Apa pun juga arahan berkaitan persiapan strategi yang khusus akan kita perincikan apabila tiba masanya. Kita serahkan kepada parti,” katanya.

Beliau berkata, Pas harus berada dalam keadaan bersedia dalam berhadapan PRU15 demi memenangkan parti termasuk mempertahan kerajaan negeri di bawah pimpinannya di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Begitu juga, meskipun Pas dan Perikatan Nasional (PN) masih berperanan dalam kerajaan Persekutuan, kita lihat ketidaktentuan hala tuju yang menentukan PN untuk mengkaji tentang masa depan kita terutama untuk hadapi PRU15. Kita serahkan kepada pimpinan untuk menentukan kedudukan kita,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya