MRL kutip 300 kg sampah di Pantai Bukit Keluang, Pulau Rhu

MRL, PTG kutip 300 kg sampah di Pantai Bukit Keluang, Pulau Rhu

SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai gotong-royong yang dijalankan MRL dan PTG Terengganu di Pulau Rhu, Besut, semalam. - FOTO/IHSAN MRL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 50 beg plastik sampah seberat 300 kilogram (kg) berjaya dikutip hasil gotong-royong yang dijalankan Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) serta Jabatan Tanah dan Galian (PTG) Terengganu di Pantai Bukit Keluang dan Pulau Rhu di Besut, semalam.

MRL dalam satu kenyataannya berkata, aktiviti tersebut adalah antara inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya bagi mempromosikan perlindungan terhadap alam sekitar khususnya negeri-negeri di Pantai Timur.

Menurutnya, lebih 50 warga kerja MRL dan PTG Terengganu menyertai gotong-royong membersihkan kawasan pantai tersebut yang diadakan selama dua jam.

“Peserta telah dibahagikan kepada lima kumpulan untuk memungut sampah di beberapa bahagian pantai dan tapak kem. 

“Pelbagai jenis sampah seperti botol air, bekas makanan, pembalut, putung rokok, pelitup muka dan penyedut minuman plastik berjaya dikutip sepanjang gotong-royong berlangsung,” katanya.

Tambah kenyataan itu, lebih 55 peratus sampah yang dikutip itu boleh dikitar semula.

Menurutnya, selain dua pantai tumpuan pelancong di Besut, MRL juga telah terlibat dalam aktiviti pembersihan pantai di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada Julai lalu.

“MRL akan mengadakan aktiviti pembersihan pantai dengan lebih kerap lagi di beberapa kawasan pelancongan di sepanjang jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) selepas ini.

“Ia sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai ancaman dari serpihan sampah terhadap ekosistem marin serta mengambil tindakan yang proaktif dalam melindungi pantai-pantai dan persekitarannya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya