MPKB-BRI 'lancar' perang ke atas premis shisha

MPKB-BRI ‘lancar’ perang ke atas premis shisha

SEBAHAGIAN daripada peralatan shisha yang dirampas MPKB-BRI di Kota Bharu, Kelantan. - IHSAN MPKB-BRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) serius memerangi aktiviti perniagaan sisha apabila sudah mengeluarkan kompaun dan menyita 75 botol barangan itu bernilai RM15,000 sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Yang Dipertuanya, Rosnazli Amin berkata, kompaun dan rampasan itu dilakukan hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas 15 premis menyediakan perkhidmatan menghisap shisha di dalam kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan itu.

“Operasi ini bagi mengekang kegiatan penjualan shisha yang tidak dibenarkan sepertimana peraturan kerajaan negeri. Semua hasil rampasan itu akan dilupuskan.

“Antara lokasi yang menawarkan perkhidmatan ini ialah kawasan Jalan Bayam, Jalan Sabak, Kubang Kerian, Taman Huda, Jalan Tok Guru, Taman Bendahara dan pusat bandar Kota Bharu,” katanya.

Rosnazli memberitahu, operasi tersebut terus dipertingkat dalam usaha membanteras aktiviti berkenaan.

Katanya, bagi tempoh yang sama juga MPKB-BRI mengeluarkan kompaun dan menyita peralatan set karaoke bernilai RM12,500.

“Kebanyakan pusat karaoke beroperasi di Jalan Kebun Sultan, Wakaf Che Yeh, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Pengkalan Chepa dan Tanjung Chat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya